Soalan lazim
1)Q- Bolehkah saya mendapatkan penjelasan ringkas mengenai konfederasi
Israel-Palestin?
Pada dasarnya konfederasi Israel-Palestin
adalah kerajaan ketiga bagi kedua-dua rakyat Israel
mahupun Palestin. Konfederasi ini tidak membubarkan
kerajaan semasa Israel mahupun Palestin sebaliknya
Israel dan Palestin masih lagi tertakluk kepada
undang-undang kerajaan masing-masing. Namun begitu
konfederasi ini merupakan satu badan bebas yang mewakili
Israel dan Palestin bersama. Di bawah perlembagaan
konfederasi, terdapat 300 ahli parlimen mewakili 300
daerah keseluruhan di Israel, Tebing Barat dan Gaza.
Bagi meluluskan sebarang undang-undang maka diperlukan
55% daripada Parlimen Israel dan Palestin untuk mengundi
‘’ya’’ bagi undang-undang yang sama. Kerajaan Israel dan
Palestin mempunyai kuasa veto ke atas undang-undang
tersebut; jika kedua-dua kerajaan tersebut mengenakan
veto ke atas undang-undang tersebut maka ia tidak akan
dikuatkuasakan. Jika gagal maka undang-undang tersebut
akan dikuatkuasakan. Kami mencadangkan agar anda membaca
perlembagaan konfederasi ini secara lengkap di laman
web.
2) Q- Siapakah yang layak untuk mengundi dalam
konfederasi ini?
Mengikut perlembagaan konfederasi
Israel-Palestin, pilihanraya seharusnya dijalankan dalam
Israel dan Palestin. Dalam memastikan kelayakan untuk
mengundi, seseorang itu harus menjadi warganegara
Palestin atau Israel dan mencapai umur 18 tahun.
Pengundi mestilah penduduk tetap Israel atau Palestin
pada waktu pilihanraya dan mestilah berada di dalam
wilayah Israel atau Palestin sewaktu mengundi.
3)Q: Apakah lokasi geografi konfederasi
Israel-Palestin?
Lokasi Geografi bagi konfederasi ini adalah
keseluruhan negara Israel( termasuk Bukit Golan), Tebing
Barat dan Semenanjung Gaza. Kawasan ini disebut dalam
perlembagaan Israel dan Palestin
4)Q: Siapakah yang layak untuk menguruskan
Parlimen Konfederasi ini?
Dalam melayakkan diri sebagai ahli Parlimen
seseorang itu mestilah tidak kurang daripada berusia 21
tahun dan merupakan warganegara Israel atau Palestin dan
sekurang-kurangnya 180 hari menjadi penduduk tetap di
daerah di mana dia membuat pencalonan.
5)Q. Siapakah yang layak untuk bertanding bagi
jawatan Presiden dan Timbalan Presiden konfederasi ini?
Presiden atau Timbalan Presiden mestilah
warganegara Israel atau Paletin dan mestilah berusia
sekurang-kurangnya 35 tahun. Presiden haruslah
berkhidmat selama 2 tahun dan bertukar dengan Timbalan
Presiden selepas 2 tahun. Jika Presiden adalah
warganegara Palestin, Timbalan Presiden haruslah
warganegara Israel. Calon yang mendapat undi tertinggi
akan dilantik menjadi Presiden; calon kedua tertinggi
akan dilantik menjadi Timbalan Presiden. Kedua-dua
Presiden dan Timbalan Presiden mestilah penduduk tetap
Israel atau Palestin sekurang-kurangnya 180 hari.
6) Q: Apakah yang terjadi jika kerajaan
Israel-Palestin menentang pilihanraya ini?
Konfederasi ini adalah entity yang bebas. Ia
melibatkan Israel atau Palestin. Konfederasi ini
merupakan kerajaan ketiga terdiri daripada Israel dan
Palestin. Kami tidak berniat menggantikan kerajaan
Palestin atau Israel. Kami percaya kuasa politik kami
bergantung kepada sokongan tempatan dan antarabangsa.
Jika kami berjaya mendapatkan penglibatan dari Israel
dan Palestin serta sokongan masyarakat antarabangsa maka
kami akan dapat meluluskan undang-undang. Kami percaya
kerajaan Israel dan Palestin akan faham peluang dan
khidmat yang kami sediakan untuk rakyat mereka.
7)Q: Apakah yang akan terjadi jika kerajaan
Israel dan Palestin mengabaikan keputusan konfederasi?
Kerajaan Israel dan Palestin tidak boleh
mengabaikan keputusan jika kami mendapat sokongan
majoriti daripada rakyat Israel, Palestin dan komuniti
antarabangsa. Mereka harus meneliti cadangan yang kami
sediakan. Sebuah kerajaan yang bertanggungjawab tidak
boleh mengabaikan resolusi yang dikemukakan oleh
konfederasi dan pada masa yang sama mendakwa mereka
tidak meletakkan batu penghalang ke arah kedamaian.
8)Q: Bagaimana konfederasi mengelakkan penipuan
dalam pilihanraya?
Kami meyakini tidak ramai orang yang akan
melakukan penipuan dalam pilihanraya ini. Mungkin ada
sesetengah individu mahu menghalang pilihanraya it terus
justeru kami menyediakan beberapa alternatif untuk
mengelakkan ‘hacking’ atau gangguan. Kami menggunakan
teknik menghantar emel, wawancara melalui telefon dan
pemeriksaan individu untuk memastikan sesiapa yang
bertanding sebagai calon dan sebagai pengundi akan
menyediakan informasi yang sah. Idea mengundi secara
online telah diterima oleh banyak negara di serata dunia
berikutan undian secara konvensional bukanlah 100%
selamat. Kami percaya sistem kami adalah selamat dan
lebih baik daripada pengundian secara konvensional.
9) Q: Adakah jumlah ahli Parlimen Israel dan
Palestin sama?
Jumlah ahli Parlimen Palestin pada 12 December
2012 dijangka seramai 107 orang berdasarkan populasi
Palestin ketika ini yang seramai 4 juta orang. Jumlah
ahli Parlimen Israel akan mencapai kira-kira 193 orang
berdasarkan jangkaan populasi Israel seramai 7.5 juta.
Kami menggunakan angka-angka ini berdasarkan statistik
yang dikeluarkan oleh biro Palestin dan Israel justeru
jumlah ini mungkin berubah jika terdapat sebarang
perubahan dalam populasi. Ia adalah penting untuk
memahami bagaimana undang-undang itu diluluskan. Dalam
meluluskan undang-undang maka diperlukan 55% undiang
daripada kedua-dua belah pihak. Jumlah wakil Palestin
dan Israel boleh berubah bergantung kepada jumlah
pertumbuhan populasi di masa hadapan.
10)Q. Where will the Parliament members meet,
and how will they vote and discuss legislation?
Q: Di manakah ahli Parlimen akan bertemu dan bagaimana
mereka mengundi dan bersidang?
Pada awalnya Parlimen dan Konfederasi akan
berbincang dan bertemu di Internet. Kami percaya
internet dapat mengatasi masalah tempat dan masa. Selain
itu, siding dan pengundian akan dijalankan secara telus
di mana seluruh dunia dapat melihat bagaimana siding itu
dijalankan dan bagaimana ahli Parlimen mengundi.
11)Q. Adakah ahli Parlimen dan konfederasi
mendapat elaun?
Pada awalnya semua ahli Parlimen dan
Konfederasi tidak mendapat sebarang elaun tetapi
Konfederasi akan mengumpul dana yang mencukupi untuk
memberi elaun kepada ahli Parlimen dan Konfederasi.
12)Q. Adakah rakyat Israel dapat mengundi untuk
Palestin dan sebaliknya?
Pilihanraya ini berdasarkan daerah dan
seseorang boleh mengundi calon daerah masing-masing
tanpa mengira kewarganegaraan calon.
13)Q. Bagaimana jika daerah tersebut mempunyai
warganegara Israel dan Palestin?
Seseorang itu boleh mengundi calon daerah
masing-masing tanpa mengira kewarganegaraan calon atau
pengundi
14)Q. Bolehkah warga Israel dan Palestin yang
tinggal di luar Israel atau Palestin mengundi?
Tidak. Untuk menjadi pengundi maka seseorang
itu haruslah menetap di sesebuah daerah Palestin atau
Israel selama 6 bulan.
15) Bolehkah seseorang itu bertanding untuk
jawatan Presiden dan Parlimen dalam masa yang sama?
Ya tetapi jika beliau dipilih ke Parlimen dan
untuk jawatan Presiden atau Timbalan Presiden, dia harus
membuat pilihan. Beliau tidak boleh menjawat jawatan
dalam parlimen dan sebagai Presiden/Timbalan Presiden
dalam masa yang sama.
16)Q. Mengapa Konfederasi ini mampu mencapai
keamanan sementara kerajaan Israel dan Palestin tidak
berjaya?
Pendekatan semasa: Kerajaan Israel dan Palestin
berunding dengan sentimen permusuhan. Pendekatan IPC:
Kerajaan bebas untuk Palestin dan Israel; menyelesaikan
masalah dengan persetujuan kedua-dua belah pihak
Pendekatan semasa: Kerajaan Israel dan Palestin berpecah
sewaktu isu rundingan damai. Pendekatan IPC: Menumpukan
masa 100% berunding isu keamanan. Pendekatan semasa:
Kedua-dua kerajaan Israel dan Palestin mempunyai banyak
konflik dan berusaha dengan menggunakan kekerasan antara
satu sama lain pada masa yang sama. Pendekatan IPC:
Hanya satu: Keamanan. IPC tidak mempunyai tugasan lain
selain keamanan. Pendekatan semasa: Rundingan antara
Israel dan Palestin selalunya diiringi dengan keganasan.
Keganasan selalu digunakan untuk menghentikan sebarang
rundingan dan persetujuan antara kerajaan. Pendekatan
IPC: Sesi Perundangan IPC akan mengambilkira seramai 300
ahli parlimen melalui mesyuarat dan undian.Isu-isu
penting akan diselesaikan dengan cara yang baik.
17)Q Bagaimana Konfederasi ini dapat
menyelesaikan masalah penjajahan, Al-Quds, Pelarian dan
keganasan?
Kami tidak tahu bagaimana Parlimen Konfederasi
akan menyelesaikan isu ini tetapi kami mempunyai
beberapa elemen yang boleh dijadikan asas untuk
menyelesaikan masalah ini:
1)Objektif: IPC ditubuhkan untuk menyelesaikan masalah
yang akan memberi manfaat kepada kedua-dua belah pihak
dan sebarang idea mahpun cadangan mestilah dapat
diterima oleh kedua-dua pihak tersebut.
2) Tanggungjawab: IPC ditubuhkan untuk berunding dan
mencapai persetujuan antara ahli parlimen. Tujuan utama
IPC adalah mencapai keamanan.
3) Fleksibiliti: IPC mempunyai flesksibiliti yang tinggi
untuk mencadangkan sebarang solusi yang tidak pernah
dicadangkan oleh kerajaan Israel atau Palestin.
4) Akses: Memandangkan IPC terdiri daripada warga
Palestin dan Israel maka IPC membolehkan rakyat
kedua-dua negara mendapat akses terus kepada kerajaan
yang mana pada ketika ini tidak dapat dicapai.
18)Q. Jika saya tidak mempercayai mereka
bagaimana saya boleh bersama dengan mereka dalam satu
kerajaan?
Konfederasi ini ditubuhkan untuk mewujudkan
kerjasama antara kedua belah pihak. Kami mempunyai
sistem ‘periksa dan timbang’ supaya tidak ada mana-mana
pihak dalam mengambil kesempatan ke atas pihak yang
lain. Ia memerlukan kerjasama kedua-dua belah pihak.
Contohnya, untuk meluluskan undang-undang anda
memerlukan sekurang-kurangnya 55% undian daripada
Palestin dan Israel. Jika tidak maka undang-undang
tersebut tidak boleh diluluskan. Begitu juga jika
kerajaan Israel atau Palestin mengenakan veto ke atas
undang-undang tersebut maka undang-undang tersebut tidak
dapat diluluskan. Sila baca keseluruhan perlembagaan
kami dan anda akan dapat lihat bagaimana kami begitu
peka dengan isu kesamarataan dan kerjasama.
19)Q. Adakah adil orang luar mengawal
Konfederasi?
Berdasarkan sejarah sehingga sekarang semua
entiti di seluruh dunia cuba untuk mendapatkan pengaruh
di kawasan ini. Bahkan kewujudan kerajaan Israel adalah
di luar kawasan dan konflik Israel-Palestin merupakan
isu global dan semua komuniti dunia dipengaruhi dengan
konflik ini. Ia menjadi topic perbincangan, penulisan
dan media. Warga Israel dan Palestin ada di serata dunia
dan mempunyai hubungan emosi, politik dan ekonomi yang
erat terhadap kawasan ini. Kerajaan dan individu cuba
melobi kerajaan masing-masing dalam konflik ini dan
kerajaan Israel mahupun Palestin gagal untuk mencapai
sebarang resolusi sebaliknya ia bertambah buruk.
Organisasi kami terdiri daripada warga Palestin, Israel
dan individu pelbagai latarbelakang dan agama. Kami
percaya keadilan dan pendekatan bijak adalah lebih baik
untuk menyelesaikan sebarang masalah. Justeru kami
berbangga dapat memberikan sebarang mekanisme untuk
menyelesaikan konflik ini.
20)Q. Siapakah yang dianggap sebagai warga
Palestin?
Warga Palestin adalah mereka yang diiktiraf
oleh undang-undang Palestin sebagai warganegara
Palestin.
21)Q. Siapakah yang dianggap sebagai warga
Israel?
Warga Israel adalah mereka yang diiktiraf oleh
undang-undang Israel sebagai warganegara Israel.
22)Q. Bolehkah perlembagaan ini ditukar?
Ya. Parlimen Konfederasi boleh meminda Perlembagaan, mencadangkan pindaan yang akan diluluskan oleh ahli Parlimen Israel-Palestin.
23)Q. Bagaimana saya boleh membantu?
Jika anda penduduk di kawasan Israel atau Palestin anda boleh mendaftar sebagai pengundi atau calon Parlimen atau Presiden.
Jika anda berada di luar kawasan, anda boleh mendorong sesiapa yang berada di dalam Israel atau Palestin untuk mendaftar sebagai pengundi dan bertanding dalam Parlimen atau Presiden. Dapatkan pengetahuan mengenai subjek ini. Bacalah material kami dan kami percaya lebih banyak anda membaca lebih banyak anda tahu tentang Konfederasi ini.
Tanpa mengira anda memihak kepada sesiapa, kami memerlukan bantuan kewangan. Anda boleh membuat sumbangan melalui online. Sila layari ‘’contribution page’’ kami dan bersama-sama mencipta sejarah baru.
Translation made available by:
Mohd Zharif Shafiq Bin Badrul Hisam
Email: zshafiqz@gmail.com